Aku musafir dunia
Berkelana bukan lama
Segala indahnya dunia
telah ku amati
Pernah di persimpangan
Kabus menutupi jalan
Hingga mata tertawan
pada jalan lain nan indah
Ibarat fatamorgana yang menipu mata
tapi ku mengerti yang palsu atau benar
Hanya kerana bodohnya aku ingin nikmatinya
bagaimana hati tak tergoda
dek cela terhias seri warna
kelabu mata terpukau jiwa
lupa musafirku cuma sementara
sukar aku nafi dan menipu diri sendiri
dalihku seribu pada cinta hakiki
Hanya kerana bodohnya
aku sangka Kau kasihi
biar timur-barat ku kembara
gunung lautan ku tempuh jua
tiada sempurna angan dan cita
dalam mengejar cinta sementara
Tuhan saksikanlah usahaku mencari-Mu
Kerana kasih-Mu abadi awal dan akhir
Mekarlah selalu agar dapat aku singkir
Cinta selain-Mu sepenuhnya dari hati
Ooo..
Ooo..
bagaimana hati tak tergoda
Bagaimana hati tak tergoda
dek cela terhias seri warna
kelabu mata terpukau jiwa
lupa musafirku cuma sementara
biar timur-barat ku kembara
gunung lautan ku tempuh jua
tiada sempurna angan dan cita
dalam mengejar cinta sementara
Tiada sempurna angan dan cita
Dalam mengejar cinta sementara