Kita bagai merpati
Yang sering beriringan
Menuju ke syurgawi pelangi
Kita mengumpul hasrat
Tiada henti-hentinya
Mencari persinggahan
Bina istana
Namun ku tak berdaya
Membina cinta
Syurgawi yang dicari
Dilanda gelita
Gugurlah harapanku bersama
Hujan
Bagai ada sesuatu
Cinta terhalang
Dimanakah kau sayang, di mana
Jika hilang ku nanti kembali
Andai duka di mana khabarmu
Jika bahagia apalah ertinya
Ku menunggu… dan menunggu
[Ulang Chorus]
Titian hasrat cinta
Antara kita
Lebur di persinggahan
Sebuah harapan